Thursday, September 07, 2006
Atas Name Kehidupan
Hidup ini umpama pelayaran
Kadangkala tenang menyapa
Di lain masa badai melanda
Pun begitu, semua itu harus ditempuhi,
Atas nama sebuah kehidupan di muka bumi ini
Pernah aku termenung,
Memikirkan alangkah indahnya hidup ini
Andai hanya terselit keceriaan
Diselimuti kebahagiaan dan kebebasan
Dalam meniti sebuah kehidupan
Bagaikn,
Seekor burung yang terbang bebas di awanan
Seekor ikan yang berenang bebas di lautan
Seekor semut yang tugasnya hanya mencari makanan
Betapa indahnya jika semua ini mewarnai kehidupan
Akan tetapi, aku sedar kehidupan perlu diteruskan
Walau dugaan yang melanda amat membebankan
Kerana sesungguhnya bukanlah namanya satu kehidupan
Tanpa ujian, cabaran dan dugaan
Dalam melayari bahtera kehidupan
source: al-busyra
9/07/2006 01:20:00 am;